Login

             | 
  • October 2008 - Clumping blood

    clumpA 84 years old lady was unwell for a week and upon contact with the health services she was found to have a hemoglobin of 3.6 g%.  To the left is her blood picture.

    Read More
  • Pendaftaran Laman Web

    Sejak laman web ini mengorak kehalatuju baru, saya dapati terdapat pelbagai kecelaruan yang timbul di kalangan staf.  Izinkan saya menjelaskan halatuju ini sebenarnya.  
    Read More
  • Nurses Profes.. Development

    Bismillahirahmanirrahim.  Assalamualaikum & Hello there.  The development of the CNE courses for nurses following the Moodle model has not received good support.  Only 5 out of 30 staff members has registered so far after 6 weeks.  A more simplistic approach is being consider... Read More
Pendaftaran Laman Web PDF Print E-mail
Written by Abu Dzarr   
Saturday, 05 January 2008 16:01
Sejak laman web ini mengorak kehalatuju baru, saya dapati terdapat pelbagai kecelaruan yang timbul di kalangan staf.  Izinkan saya menjelaskan halatuju ini sebenarnya.  

Dalam kita berusaha merealisasikan impian untuk mencapai tahap perkhidmatan yang boleh dibanggakan, kita tidak seharusnya menumpukan hanya pada pembangunan infrastruktur semata-mata.  Kualiti dari segi pengetahuan dan kecekapan staf adalah elemen penting yang akan menentukan sama ada impian itu akan berbuah atau sebaliknya.  Dari hari ke sehari, ilmu perubatan hematologi bergerak sebegitu pantas. Pesakit pula semestinya inginkan yang terbaik supaya beban ujian yang ditanggung dapat diringankan sebanyak mungkin.  Hatta bukan sahaja para pensyarah seperti kami terpaksa bertungkus lumus mengikut perkembangan semasa di peringkat dunia, sta yang merupakan tunggak dalam penyampaian perkhidmatan kepada pesakit harus bergerak serentak.  Untuk beberapa tahun ini saya dapati walaupun ada usaha untuk wujudkan program CNE di kalangan staf hematologi/onkologi terdapat pelbagai halangan yang menyebabkan kita tidak sampai ke matlamat yang diharapkan.  Disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja yang runcing, majoriti staf terpaksa menanggung 'double shift' dan ratio staf kepada pesakit yang tinggi.  Walaupun keletihan itu merupakan satu isu yang tidak boleh diketepikan, apa yang lebih mendesak ialah tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dirumah.  Oleh itu kita tidak dapat menyalahkan mana-mana pihak sekiranya latihan perkembangan profesyenal di kalangan staf kurang mendapat sambutan.  Justeru itu, sekiranya suatu pendekatan lain tidak diambil, impian ini akan hanya tinggal impian semata-mata.

Dengan mengambil kira faktor-faktor semasa, saya fikir model latihan dan komunikasi yang digunakan oleh syarikat multi-national merupakan model yang paling sesuai.  Dengan pekerja-pekerja yang berselerak di serata dunia, model ini dapat memberi maklumat dan latihan kepada setiap ahli mereka dalam masa yang singkat diperantarai oleh internet.  Walaupun semua staf kita berada dibawah satu bumbung HUSM tetapi kewujudan 2 wad berasingan pada tahun 2007 sedikit sebanyak menambah beban komunikasi dalaman.  Memang saya tidak nafikan majoriti dari staf kita kekok dengan teknologi internet.  Ramai yang saya dapati baru hendak mewujudkan akaun e-mail.  Walau bagaimanapun ini adalah rintangan awal yang mudah diatasi.  Sesiapapun apabila mendapati usaha yang telah dilaluinya telah membawa hasil yang menguntungkan sudah pasti akan terdorong untuk mengharungi halangan-halangan seterusnya. Model yang dimaksudkan disini ialah latihan dan pembelajaran secara online.  Staf dapat mengambil bahagian menurut kesesuaian masa sendiri.  Tambahan itu latihan akan dipersembahkan mengunakan teknologi pengajaran online terkini.  

Bagaimanakah pemetaan laman web ini.  Kefahaman ini mungkin dapat menjelaskan kenapa anda perlu berdaftar 2 kali.  Laman web www.hematologi.net merupakan laman web yang khusus untuk keperluan perkhidmatan.  Sesetengah isu-isu yang disentuh mungkin tidak sesuai untuk tatapan umum.  Oleh itu ada perkara-perkara yang dimuatkan untuk tatapan umum dan ada yang khusus untuk staf.  Untuk masa ini, perkara yang dimuatkan untuk tatapan umum adalah pengenalan kepada unit dan pendidikan pesakit yang boleh dicapai melalui butang media didik.  Selebihnya adalah dilindungkan disebalik tabir kata laluan.  Oleh itu anda perlu berdaftar untuk  capai item-item yang dimaksudkan. Anda perlu tekan perkataan 'Register' seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini.

Image 

Ikut arahan seterusnya.  Apabila anda berdaftar, tidak bermaksud secara otomatis anda dapat masuk.  Semestinya setiap pendaftaran perlu disaring dan diluluskan.  Saya telah mendapat aduan bahawa ada staf yang telah berdaftar tetapi tidak berjaya masuk dan telah berdaftar berkali-kali dengan email yang lain.  Staf yang telah berdaftar perlu bersabar dulu.  Untuk mempercepatkan lagi kelulusan, anda boleh telefon saya untuk makluman. Dengan itu saya dapat memprosesnya masa itu juga.  Untuk masa permulaan ini kebanyakan bahan yang dimuatkan datang dari saya.   Pada suatu masa apabila pengurus wad tidak lagi kekok dengan pengunaan perisian maka ahli-ahli pengarang akan ditambah.  Sehubungan dengan itu, saya menjangka laman web ini akan menjadi medan pengantara utama untuk komunikasi dalaman.

Anda juga perlu berdaftar sekali lagi di 'Clinical Haematology' yang boleh dicapai melalui butang Haematology Training. Anda boleh mengikut contoh yang telah saya sediakan untuk 'House Officer'.  Cuma jangan pilih untuk mengikuti kursus HO training tetapi pilih 'Clinical Haematology'.  Kenapa pula perlu berdaftar dua kali.  Ada dua sebab.  

Pertama, pendaftaran diperlukan untuk mengunakan kelebihan perisian moodle dalam pengajaran dan pembelajaran. Perubahan dalam kaedah penilaian tahap kecekapan ke bentuk CPD dari tahun 2008 adalah suatu yang positif. Kita bercadang untuk meletakkan bahan-bahan yang akan diwartakan oleh badan penilai CPD dengan markah CPD.   Perisian moodle dapat mengenalpasti anda apabila memasuki setiap aktiviti dan boleh merekodkan aktiviti yang telah anda jalani serta menghasilkan sijil.  Sekiranya anda menyelesaikan mana-mana aktiviti anda boleh memperolehi markah CPD yang dapat digunakan untuk urusan PTK nanti.

Kedua, staf yang bertugas di hematologi dan onkologi perlu menjalani anjakan cara berfikir.  Bahan-bahan yang terdapat dalam Clinical Haematology adalah bahan-bahan bacaan dan multimedia yang dikumpulkan dari sumber-sumber percuma dan juga yang dibeli.  Bahan-bahan ini pada mulanya bertujuan untuk tatapan para doktor yang menjalani latihan MMed dan rujukkan pensyarah.  Kita perlu sedar perkongsian ilmu pengetahuan dengan perantaraan internet telah mengubah senario perkhidmatan.  Pesakit yang mengalami penyakit yang mengancam nyawanya sudah tentu terdesak untuk memahami penyakitnya secara terperinci.  Dahulunya ilmu pengetahuan hanya terpahat pada buku-buku teks dan jurnal-jurnal perubatan yang eksklusif kepada pengamal perubatan.  Staf yang memberi perkhidmatan pula mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih dari pesakit hasil dari latihan yang diperolehi.  Walaupun perkembangan ilmu tetap berlaku ianya tidaklah terlalu laju dan ilmu yang diperolehi sewaktu latihan di sekolah kejururawatan masih boleh dikira terkini.   Kini ledakan bahan-bahan ilmiah di internet telah membolehkannya dicapai oleh sesiapa sahaja.  Semestinya pesakit yang mempunyai motivasi yang tinggi akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin bahan bacaan ini untuk membolehnya memahami keadaan tubuhnya sendiri.  Ini telah mewujudkan pesakit-pesakit yang berpengetahuan. Apabila pesakit-pesakit ini datang untuk mendapatkan perkhidmatan, mereka akan menilai pihak yang memberi perkhidmatan menurut apa yang telah diketahui.  Mungkin anda pernah merasa kurang selesa menghulurkan perkhidmatan apabila pesakit yang dirawat adalah doktor atau waris kepada doktor lebih-lebih lagi apabila perkara yang hendak dilakukan merupakan sesuatu yang kita kurang arif.  Tidak lama lagi kita akan berhadapan dengan situasi di mana setiap pesakit yang di rawat merupakan semacam 'doktor'.  Staf juga perlu ambil iktibar sekiranya pesakit yang tidak mempunyai ilmu asas dalam perubatan boleh menguasai konsep-konsep yang dipaparkan kenapa pula staf harus terasa bahawa ilmu-ilmu yang dipaparkan adalah terlalu kompleks.  Disebabkan arus perubahan ilmu adalah terlalu laju saya berpendapat bahawa paradigma lama adalah lembab dan tidak sesuai lagi.  Staf menunggu untuk mendapatkan 'arahan' atau 'limpahan ilmu' dari doktor.  Cara ini sudah tidak sesuai kerana pensyarah sendiri tidak mampu untuk menjelajahi keseluruhan medan ilmu.  Malah adalah lebih praktis bahawa staf perlu menjelajahi sumber ilmu sendiri dan seiring dengan doktor atau pensyarah.  Sekiranya pesakit dapat melakukannya kenapa tidak staf. Oleh itu saya telah mengasingkan aktiviti latihan untuk pegawai perubatan MMED dan meletakkan hematologi di suatu tapak yang dikongsi sama antara doktor dan staf.  Saya pernah diberitahu oleh salah seorang staf bahawa dalam tapak 'Clinical Haematologi' tidak terdapat sebarang bahan yang relevan untuknya.  Ini adalah salah, semuanya relevan.  Dalam wad, anda merawat pesakit limfoma, mieloma, leukemia dan lain-lain lagi.  Apakah bahan ilmiah berkenaan dengan penyakit-penyakit ini tidak relevan untuk anda!.

Mengapakan laman web ini tidak diletakkan dibawah domain usm.my.  Ruangan penstoran data dan bandwidth yang diperlukan adalah tinggi.  Untuk masa ini saya telah beli ruangan sebanyak 100 gigabit tetapi dengan masa, bahan-bahan multimedia yang dimuat akan menyebabkan ruangan penstoran perlu ditingkatkan lagi.  Server USM sukar dijangka kestabilannya.  Server laman web ini dibeli dari syarikat tempatan dan terletak di Malaysia.  Saya telah menggunakan perkhidmatan server ini selama 2 tahun dan saya berpuas hati dengannya.  Saya memohon maaf dulu sekiranya tuan-tuan dan puan-paun dapati pembikinan laman web ini tidak secergas seperti yang diharapkan kerana pembikinannya adalah secara sambilan semasa waktu lapang.

Last Updated ( Tuesday, 28 October 2008 00:49 )
 
RocketTheme Joomla Templates